Thursday 19 September 2013

Assalamualaikum......

Alhamdulillah usaha saya selama ini tidak sia-sia. Penat berjaga sehingga lewat malam, hadiri kelas,seminar dan juga sertai kelas online kini membuahkan hasil yang sangat memberangsangkan. Penat lelah saya selama ini sudah menampakkan hasil yang sangat positif. Saya sangat bersyukur kerana mempunyai seorang suami yang sangat memahami dan mengikut sahaja kemahuan saya. Bukan mudah untuk saya melakukan semua ini tanpa izinya. Saya juga sangat berterima kasih kepada rakan-rakan  seperjuangan yang terdiri daripada golongan yang berjaya dan mempunyai empayar yang sudah cukup kuat dan kukuh. Suatu hari nanti saya juga akan berusaha untuk berjaya seperti mereka. InshaAllah saya pasti akan berusaha lebih lagi untuk berjaya dalam perniagaan ini. Setiap kejayaan perlu ada usaha dan memerlukan semangat yang cukup kuat serta pemikiran yang positif. Untuk berjaya kita perlu menetapkan matlamat dan kita perlu berusaha keras untuk mencapai matlamat tersebut. Bukan mudah untuk seseorang itu berada diatas tanpa ada usaha untuk mencapai kejayaan dalam bidang yang diceburi. Dalam hidup ini, terdapat pelbagai rintangan yang perlu ditempuhi setiap manusia. Setiap manusia mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing, atasi kelemahan yang ada dengan kelebihan yang dimiliki.


1 comment: