Google+ Followers

Monday, 23 September 2013

Cara Mendidik Anak Menurut Islam

    Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengiginkan zuriat sebagai penyeri hidup mereka, bukan itu saja bahkan zuriat juga merupakan penyambung kepada warisan keluarga. Sebagai seorang ibu, saya ingin melihat anak saya dibesarkan dengan suasana yang baik dan ingin melihat mereka menjadi anak yang taat kepada ibu bapa,soleh dan solehah. Biarpun dizaman moden ini penuh dengan cabaran dan rintangan yang perlu ditempuhi bagi mendidik anak yang semakin hari semakin bijak. Tetapi ada caranya untuk kita mendidik anak supaya tidak terlibat dengan perkara-perkara yang tidak diingini. Setiap manusia tidak dapat ramal apa yang akan berlaku pada masa hadapannya kerana masa depan seseorang adalah urusan Allah S.W.T dan tak semestinya seseorang itu akan menjadi seseorang yang tidak berakhlak, tetapi seperti kata pepatah " Melentur buluh biar dari rebungnya". Setiap bayi yang lahir kedunia ini adalah ibarat kain putih yang bersih dan suci, ibu bapa yang berhak mencorakkan anak itu seperti yang diinginkan. Jika kanak-kanak itu tidak dididik dengan cara yang betul sejak kecil, sukar bagi kita untuk membentuknya pada masa hadapan.
Ibu Bapa memerlukan kesabaran yang tinggi bagi mendidik anak-anak yang sedang membesar. "Anak yang nakal atau degil diwaktu kecil, akan menjadi dewasa yang bijaksana".(Rujukan dari Pakar Motivasi Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah).
  • Jangan pukul anak dari lutut keatas
  • Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control
  • Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w.
“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”
  • Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
  • Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
  • Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran.
  • Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
  • Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.
  • Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
  • Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
  • Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap).
  • Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
  • Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
  • Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
  • Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
  • Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri
  • Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
  • Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
  • Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
  • Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
  • Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
  • Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
p/s : “Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi". Kepada ibu dan bapa diluar sana didiklah anak dengan cara islam kerana anak itu akan membesar dengan baik, inshaAllah akan menjadi anak yang mendoakan kedua ibu bapanya. Setiap manusia melakukan kesilapan tetapi kesilapan tersebut masih belum terlambat untuk menebusnya,selagi masih ada nyawa. Peringatan juga buat diri saya yang kadang kala tidak begitu sempurna untuk menjadi ibu yang baik kepada anak saya, setiap hari saya akan cuba perbaiki kelemahan yang ada untuk menjadi ibu terbaik buat anak saya. 
"Ya Allah, jadikanlah anakku ini anak yang soleh dan solehah serta taat kepada kedua ibu dan bapanya serta menjadi anak yang berakhlak dan taat kepada-Mu...."
Amin.....


1 comment:

  1. "Artikel yang sangat bermanfaat. Saya percaya ramai ibu yang nak amalkan tips ni tapi tak ada masa! Jom, pergi ke website pasal pengurusan masa ibu bekerja yg super sibuk dan nak jadi supermommy. Alhamdulillah, dah beribu-ribu ibu bekerja yang transform dan boleh amalkan parenting dan didik anak2 setiap hari. www.efficient2me.com
    "

    ReplyDelete