Google+ Followers

Wednesday, 2 October 2013

Manis,Mantap,Penuh Rahsia.....

Kali ini saya ingin berkongsi tentang satu produk yang sangat berkesan bagi merawat masalah wanita-wanita di luar sana. Lihat tajuk diatas "Manis,Mantap,Penuh Rahsia" pasti ramai yang tertanya-tanya apa maksud tajuk diatas ye?, disini saya akan kongsikan sedikit maklumat mengenai satu produk yang sangat dikenali ramai.

Kebanyakan wanita mengalami masalah keputihan baik yang sudah mendirikan rumahtangga ataupun masih bujang. Setiap keputihan yang dialami juga adalah berbeza, ada yang berwarna putih dan ada juga yang berwarna kekuningan. Perkara yang paling ditakuti wanita yang sudah mendirikan rumahtangga ialah jangkitan kuman(veneral disease) seperti siplis dan gonorrhea iaitu penyakit-penyakit yang ditular menerusi hubungan seksual. Antara perkara lain yang merungsingkan wanita ialah kemungkinan beliau mengidap penyakit kanser pada bahagian serviks.

Bagi gadis-gadis yang belum berkahwin, pengeluaran keputihan menimbulkan persoalan samada mereka mengidap penyakit yang mengancam kesuburan mereka dimasa hadapan kelak. Tetapi itu semua bergantung kepada jenis lendiran keputihan yang keluar dari faraj. Pengeluaran lendir keputihan dari kemaluan tidak semestinya menandakan penyakit, sebaliknya ia mungkin hanya aturan yang biasa sahaja. Lendir yang dikeluarkan oleh faraj dan pangkal rahim adalah untuk tujuan tertentu. Ia dikeluarkan oleh sel-sel dan kilang-kilang khas pengeluar lendir. Lendir ini mempunyai tugas pelindung kepada sel-sel dan dinding saluran faraj. Jika tanpa lendir, sel-sel tersebut akan menjadi kering dan rosak. Ini bermakna lendiran didalam faraj adalah perlu tetapi mengikut aturan yang normal, ianya adalah bersifat lendir atau keputihan itu berwarna jernih, cair tanpa berbau dan tidak diiringi rasa gatal. Pengeluaran lendir atau keputihan yang bersifat pekat, berwarna kemerahan atau coklat,  kelihatan seperti nanah, seringkali berbau busuk serta gatal adalah kemungkinan besar ada sejenis jangkitan kuman berlaku. Ini adalah tanda yang perlu diawasi dan perlu dirawat sebelum ia menjadi lebih teruk.

Sumber Foto: Carian Google


 Bagi wanita-wanita diluar sana keputihan adalah satu perkara yang kurang menyenangkan, memalukan apabila ada bau ketika bersama suami, sukar membuat aktiviti harian dan banyak lagi. Setiap hari perlu memakai panty liner dan tukar seluar dalam 4-5kali sehari disebabkan tidak selesa dengan lendiran yang keluar dari kemaluan. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya, yang penting kita perlu berusaha untuk mencari jalan penyelesaian. Produk yang terbaik dan dijamin berkesan bagi masalah tersebut adalah Produk Jamu Susuk Dara. Produk ini sangat dikenali setelah ramai yang mengakui keberkesanannya terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh pengguna-pengguna tersebut.

Bagi wanita diluar sana yang sudah berkahwin atau tidak dan mempunyai masalah-masalah berkaitan dengan keputihan, bentuk badan dah tak menarik, resdung dan juga masalah-masalah yang wanita hadapi selepas bersalin, anda boleh mendapatkan produk tersebut daripada pengedar-pengedar yang sah. Jamu Susuk Dara pasti tidak akan menghampakan anda. Pasti Manis, Mantap dan Penuh Rahsia!!

Product Jamu Susuk Dara:

 MINYAK IKAT KASIH
 COKLAT LOVE HABIBI
 JAMU PENGANTIN DARA

 Untuk melihat produk-produk keluaran Jamu Susuk Dara yang lain sila layari:
atau 
Dapatkan produk JSD dengan segera
sms/whatsapp/wechat 01125804957/0174191423


Friday, 27 September 2013

Khasiat Minyak Kelapa Dara Antioksidan Treenea

  
Banyak yang tahu mengenai minyak Kelapa Dara tetapi tidak tahu apakah khasiatnya kepada tubuh manusia. Kali ini saya ingin kongsikan tentang khasiat Minyak Kelapa Dara Antioksidan dari Treenea Vco. Minyak Kelapa Dara Treenea adalah berbeza daripada yang lain kerana Treenea diperkaya dengan zat tambahan Vitamin E,A dan D. Minyak Kelapa Dara (VCO) yang diperolehi dari Treenea mempunyai banyak khasiat dan manfaat kesihatan kepada tubuh badan manusia kerana ia mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi dibandingkan dengan minyak kelapa dara lain. Ia dihasilkan dari proses yang tidak menggunakan haba dan formulanya yang telah dikaji secara teliti dan terperinci menggunakan 100% pati kelapa dara organik yang bebas dari kolesterol.

  VCO Antioksidan kaya dengan Vitamin E (a-tocopherol), Vitamin A (retinol) dan vitamin D (cholecaciferol) yang diperlukan oleh tubuh badan manusia. Vitamin A dan E juga dipercayai boleh bertindak sebagai ejen antioksidan yang mempunyai kebolehan memerangkap radikal bebas dan kajian penyelidikan menunjukkan ia berkebolehan mencegah penyakit kanser serta penyakit berkaitan jantung.
 
Mengapa Makanan Yang Kaya Antioksidan Perlu ?

Tubuh badan kita sentiasa terdedah pada radikal bebas yang terhasil daripada toksin-toksin alam sekitar seperti asap kilang, asap kenderaan, asap rokok, sinaran ultra violet (UV) dan pencemaran bahan-bahan makanan. VCO Antioksidan adalah kaya dengan sifat-sifat antioksidan yang berpotensi melindungi sel-sel pada tubuh badan manusia dari serangan radikal bebas. Oleh yang demikian sel-sel badan akan menjadi lebih sihat dan tekstur kulit akan menjadi lebih halus dan seragam. Penyelidikan oleh para saintis mendapati, minyak kelapa dara terdiri daripada 90% lemak tepu yang kebanyakkan daripadanya adalah trigliserida berantai sederhana (MCT). Ujian klinikal telah membuktikan MCT adalah merupakan ejen pembekal tenaga segera. MCT tidak disimpan sebagai lemak dalam badan sebaliknya ia akan disalutkan kepada hati untuk membekal tenaga segera. Asid lemak ini kemudiannya akan ditukarkan ke sebatian keton (keton bodies). Sebatian keton sangat diperlukan oleh otak manusia apabila glukosa tidak dapat berfungsi untuk membekalkan tenaga. Kajian secara saintifik telah menunjukkan sebatian keton boleh membantu pesakit neurodegenerative disorders seperti penyakit Alzheimer dan Parkinson.

 Selain dari itu, sebatian keton juga didapati membantu serangan epilepsy. Pengambilan VCOAntioxidants secara oral dalam kadar yang tertentu akan menyebabkan tubuh kita dilindungi dari serangan bacteria, kulat dan virus. Sistem imunisasi tubuh badan akan meningkat, selsema dan batuk akan berkurangan. Sebatian aktif seperti monolaurin, monokaprik dan monokaprin, yang terbukti hasil dari penghadaman VCO. VCOAntioxidants juga mengandungi bahan aktif seperti phospholipids serta sterol tumbuhan yang telah dibuktikan berupaya merendahkan tahap kolesterol dan meningkatkan tahap LDL dalam darah. MCT juga mudah dihadamkan dan dapat membantu mengawal berat badan jika diambil secara teratur dan berterusan.

Antara khasiat dan kebaikan VCOAntioxidants adalah:

• Membantu kelancaran system pencernaan
• Meningkatkan sistem dan daya tahan tubuh
• Menbantu mengurangkan berat badan
• Mengurangkan kadar kolesterol dan darah tinggi serta risiko penyakit jantung
• Membekalkan nutrien penting dalam membantu pertumbuhan rambut yang sihat
• Membantu merawat pelbagai masalah kulit
• Menyokong fungsi tiroid
• Menghalus dan menyeragamkan struktur kulit

Untuk pengetahuan anda juga, Minyak Kelapa Dara sangat baik diambil oleh ibu mengandung kerana minyak kelapa dara dapat  Membantu memudahkan mereka melahirkan anak dan dapat membantu memulihkan kesan kulit retak (pada perut) selepas bersalin. Minyak Kelapa Dara juga amat sesuai dijadikan sebagai losyen pada kulit untuk setiap peringkat umur, tanpa mengira usia. Selain itu, minyak kelapa dara juga dapat membantu bagi mengatasi masalah seperti eczema, kulit kering dan melecet. Minyak Kelapa Dara mempunyai 1001 khasiat yang baik dan berguna kepada tubuh manusia. Ia sangat baik dijadikan sebagai suplemen kesihatan anda. Dengan pengambilan TREENEA VCOANTIOXIDANTS ini secara berterusan, anda bukan sahaja mendapat kesihatan yang baik,malahan kulit juga cantik dan lembab. Sebagai seorang pengguna anda perlu membuat pilihan yang bijak. 









Jom amalkan gaya hidup sihat mulai hari ini!!
VCOANTIOXIDANTS TREENEA 
RM40
Postage semenanjung rm6/sabah & sarawak rm9
Cara Order:
sms/whatsapp/wechat :01125804957 @ 0174191423

Monday, 23 September 2013

Cara Mendidik Anak Menurut Islam

    Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengiginkan zuriat sebagai penyeri hidup mereka, bukan itu saja bahkan zuriat juga merupakan penyambung kepada warisan keluarga. Sebagai seorang ibu, saya ingin melihat anak saya dibesarkan dengan suasana yang baik dan ingin melihat mereka menjadi anak yang taat kepada ibu bapa,soleh dan solehah. Biarpun dizaman moden ini penuh dengan cabaran dan rintangan yang perlu ditempuhi bagi mendidik anak yang semakin hari semakin bijak. Tetapi ada caranya untuk kita mendidik anak supaya tidak terlibat dengan perkara-perkara yang tidak diingini. Setiap manusia tidak dapat ramal apa yang akan berlaku pada masa hadapannya kerana masa depan seseorang adalah urusan Allah S.W.T dan tak semestinya seseorang itu akan menjadi seseorang yang tidak berakhlak, tetapi seperti kata pepatah " Melentur buluh biar dari rebungnya". Setiap bayi yang lahir kedunia ini adalah ibarat kain putih yang bersih dan suci, ibu bapa yang berhak mencorakkan anak itu seperti yang diinginkan. Jika kanak-kanak itu tidak dididik dengan cara yang betul sejak kecil, sukar bagi kita untuk membentuknya pada masa hadapan.
Ibu Bapa memerlukan kesabaran yang tinggi bagi mendidik anak-anak yang sedang membesar. "Anak yang nakal atau degil diwaktu kecil, akan menjadi dewasa yang bijaksana".(Rujukan dari Pakar Motivasi Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah).
  • Jangan pukul anak dari lutut keatas
  • Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control
  • Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w.
“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”
  • Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
  • Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
  • Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran.
  • Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
  • Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.
  • Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
  • Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
  • Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap).
  • Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
  • Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
  • Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
  • Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
  • Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri
  • Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
  • Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
  • Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
  • Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
  • Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
  • Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
p/s : “Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi". Kepada ibu dan bapa diluar sana didiklah anak dengan cara islam kerana anak itu akan membesar dengan baik, inshaAllah akan menjadi anak yang mendoakan kedua ibu bapanya. Setiap manusia melakukan kesilapan tetapi kesilapan tersebut masih belum terlambat untuk menebusnya,selagi masih ada nyawa. Peringatan juga buat diri saya yang kadang kala tidak begitu sempurna untuk menjadi ibu yang baik kepada anak saya, setiap hari saya akan cuba perbaiki kelemahan yang ada untuk menjadi ibu terbaik buat anak saya. 
"Ya Allah, jadikanlah anakku ini anak yang soleh dan solehah serta taat kepada kedua ibu dan bapanya serta menjadi anak yang berakhlak dan taat kepada-Mu...."
Amin.....


Friday, 20 September 2013

3 Mindset Orang Yang Berjaya

"3 Mindset Orang Yang Berjaya"

Penulisan saya pada kali ini adalah tentang " 3 Mindset Orang Yang Berjaya". Orang yang berjaya mempunyai sikap dan perangai yang berbeza. Orang yang berjaya juga boleh dikenalpasti kerana kelainan yang ditonjolkan oleh mereka kerana mereka ada 3 sikap yang dibentuk oleh 3 mindset berikut:
  1. Sanggup bersusah payah untuk mencapai kejayaan diidamkannya.
  2. Sanggup bekerja lebih lama dari orang lain di sekeliling.
  3. Sanggup bekerja setiap hari walaupun pada hari cuti.
Orang yang berjaya sanggup mendepani kesusahan dan perkara-perkara yang menyusahkan. Mereka tidak pernah merungut untuk melakukan sesuatu pekerjaan kerana mereka tahu tidak ada jalan mudah untuk berjaya. Mereka sanggup bersusah payah kerana mereka sedar kesusahan itu hanya sementara. Tiada istilah "susah" atau "mustahil" dalam hidup mereka kerana untuk berjaya perlu ada usaha dan perlu melalui kesusahan dan perit untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.
Bekerja dalam masa yang panjang atau lebih lama dari orang lain adalah perkara biasa bagi mereka. Bahkan tidak mustahil mencapai 16jam sehari sehingga mereka terpaksa mengurangkan waktu tidur supaya boleh bekerja lebih lama untuk mencapai sesuatu target. Mereka juga tidak akan pernah berhenti bekerja dan berusaha selagi apa yang mereka mahukan tidak tercapai. Tidak ada istilah cuti-cuti, tidak ada perkataan relaks terlalu lama dalam kamus hidup mereka.

Inilah ciri-ciri sikap yang membezakan orang yang berpotensi untuk berjaya dengan orang biasa. Mereka hanya akan berehat pada waktu tidur, sembahyang dan waktu makan. Setiap orang yang berjaya juga akan menjaga kesihatan dan pola makanan mereka kerana ia amat penting bagi mereka untuk melakukan sesuatu aktiviti dengan tubuh yang sihat, otak yang cergas dan minda yang positif.

Mindset penting orang berjaya- sanggup berkorban untuk memperoleh kejayaan. Mereka korbankan masa bersantai-santai,masa berjalan-jalan dan masa untuk bersukaria bagi mencapai kejayaan idaman mereka.

Note:
Tiada kejayaan tanpa usaha yang gigih. Pahit,manis,perit yang dilalui adalah rahsia bagi mencapai kejayaan yang diingini. Bukan sesuatu yang mudah untuk kita terus berada diatas tanpa usaha.




Thursday, 19 September 2013

Assalamualaikum......

Alhamdulillah usaha saya selama ini tidak sia-sia. Penat berjaga sehingga lewat malam, hadiri kelas,seminar dan juga sertai kelas online kini membuahkan hasil yang sangat memberangsangkan. Penat lelah saya selama ini sudah menampakkan hasil yang sangat positif. Saya sangat bersyukur kerana mempunyai seorang suami yang sangat memahami dan mengikut sahaja kemahuan saya. Bukan mudah untuk saya melakukan semua ini tanpa izinya. Saya juga sangat berterima kasih kepada rakan-rakan  seperjuangan yang terdiri daripada golongan yang berjaya dan mempunyai empayar yang sudah cukup kuat dan kukuh. Suatu hari nanti saya juga akan berusaha untuk berjaya seperti mereka. InshaAllah saya pasti akan berusaha lebih lagi untuk berjaya dalam perniagaan ini. Setiap kejayaan perlu ada usaha dan memerlukan semangat yang cukup kuat serta pemikiran yang positif. Untuk berjaya kita perlu menetapkan matlamat dan kita perlu berusaha keras untuk mencapai matlamat tersebut. Bukan mudah untuk seseorang itu berada diatas tanpa ada usaha untuk mencapai kejayaan dalam bidang yang diceburi. Dalam hidup ini, terdapat pelbagai rintangan yang perlu ditempuhi setiap manusia. Setiap manusia mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing, atasi kelemahan yang ada dengan kelebihan yang dimiliki.


ROLLER MOIST CREAM AMPOULE PLUS BY CHRISZEN


Promosi Cantik,Sihat dan Berkesan!!






NEW PRODUCT FROM CHRISZEN!!

HANYA TEKAN DAN OLESKAN!

Produk Terbaru CHRISZEN!

CHRISZEN Roller Moist Cream!

Lain daripada lain! Bedak Asas yg tak perlu guna span dan tangan!

Warna:
No.1 Natural beige
No.2 Honey beige

Kelebihan:
- Tidak perlu gunakan berus, span, tangan
- Jimat masa
- Glowing effect
- HD effect
- Whitening dan Moisturizing effect
- Waterproof
- Lebih bersih dan rata
- Span senang dikeluarkan utk dicuci
- Tahan lama sampai 24 jam
- Senang digunakan

Pelembap + Spf sunblock + foundation+ concealer + collagen

Kandungan:
- L-Glutathione
- Kolagen
- Ampul plus
- SPF 50/PA+++

ROLLER MOIST CREAM 
RM6x

Nak harga Promosi????
 WHATSAPP NOW!!!

whatsapp 017.419.1423

whatsapp 017.419.1423

whatsapp 017.419.1423




Gluta delima With Vitamin B17




TESTIMONI HOT!!!
Kulit menjadi lebih cerah dan licin.

Tuesday, 10 September 2013

Bismillah.......

Bersyukur kehadrat Illahi kerana memberi saya kesihatan yang baik bagi meneruskan Kelas Asas Blog dan Fanpage ini setelah pelbagai rintangan yang perlu saya tempuhi dan jadual harian yang sentiasa padat dengan kesibukan rutin harian sebagai seorang suri rumah,menguruskan perniagaan,memasak,menjaga anak dan melayan kerenah pelanggan yang merupakan rutin harian saya setiap hari. Walaubagaimanapun, sebagai seorang peniaga produk kecantikan dan kesihatan, setiap hari memerlukan saya untuk membuat kajian tentang produk-produk tersebut dari segi penggunaan,bahan-bahan yang digunakan serta yang paling penting sekali ia selamat untuk digunakan oleh pelanggan. Ia merupakan tanggungjawab sebagai seorang peniaga agar mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan berkaitan dengan produk yang dijual. Jangan hanya untuk mengaut keuntungan semata-mata tetapi sebagai seorang peniaga haruslah mempunyai sikap yang jujur dan amanah. Carilah rezeki dijalan yang diredhai Allah agar ia membawa keberkatan dalam kehidupan kita. Walaupun sedikit atau banyak rezeki yang diberi, bersyukurlah kepada Allah kerana kita adalah insan yang bernasib baik, masih ramai lagi insan yang memerlukan pertolongan di luar sana.

Thursday, 5 September 2013

Gluta Delima With Vitamin B17

Gluta Delima With Vitamin B17



====CARA ORDER=====
>>>SMS/WHATSAPP/WECHAT "GDB17" KE 01125804957/0174191423!!
========OR====
PM/INBOX KAMI DI https://www.facebook.com/nadiaqistinacollectionII







Thursday, 29 August 2013

Bismillahirahmanirahim...

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah kerana telah memberikan saya kesihatan yang baik,sihat sejahtera bagi membolehkan saya meneruskan niat dan impian saya bagi mncapai kejayaan didalam hidup ini. Walaupun keadaan yang  kadang-kadang tidak mengizinkan, saya tetap kuatkan semangat untuk meneruskan perjuangan saya dalam mencapai impian dan bidang yang diceburi. Saya merupakan Suri Rumah sepenuh masa dan mempunyai seorang Puteri yang sangat comel. Hidup saya sebagai seorang perantauan dinegeri orang membuatkan saya berfikiran lebih matang dan mendapat banyak pengalaman diusia yang muda. Sebagai seorang isteri dan ibu diusia yang muda, membuatkan saya terfikir sesuatu yang perlu saya lakukan bagi membantu suami dalam meningkatkan ekonomi didalam rumahtangga. Sebagai seorang yang berkelulusan dalam bidang Psikologi, ini sedikit sebanyak dapat membantu saya mengaplikasikan ilmu yang sedia ada ke dalam bidang yang saya ceburi. Minat saya dalam bidang fesyen,kecantikan dan kesihatan telah saya aplikasikan kedalam dunia bisnes dengan menjual produk-produk kecantikan dan kesihatan,pakaian bayi dan kanak-kanak juga  pakaian fesyen wanita. Dilahirkan didalam keluarga yang berdarah usahawan telah membantu saya dalam menjalankan perniagaan ini dengan mudah berdasarkan pengalaman-pengalaman yang lepas dalam membantu perniagaan keluarga. Berdasarkan  pengalaman tersebut telah saya kukuhkan lagi dengan menuntut ilmu-ilmu dalam bidang perniagaan dengan menyertai kelas usahawan,seminar-seminar yang dianjurkan secara percuma oleh Dr.Azizan Osman dan saya juga telah menyertai Kelas Asas Blog Fanpage yang diajar oleh guru online iaitu Pn. Anys Idayu Zakaria.