Friday 20 September 2013

3 Mindset Orang Yang Berjaya

"3 Mindset Orang Yang Berjaya"

Penulisan saya pada kali ini adalah tentang " 3 Mindset Orang Yang Berjaya". Orang yang berjaya mempunyai sikap dan perangai yang berbeza. Orang yang berjaya juga boleh dikenalpasti kerana kelainan yang ditonjolkan oleh mereka kerana mereka ada 3 sikap yang dibentuk oleh 3 mindset berikut:
  1. Sanggup bersusah payah untuk mencapai kejayaan diidamkannya.
  2. Sanggup bekerja lebih lama dari orang lain di sekeliling.
  3. Sanggup bekerja setiap hari walaupun pada hari cuti.
Orang yang berjaya sanggup mendepani kesusahan dan perkara-perkara yang menyusahkan. Mereka tidak pernah merungut untuk melakukan sesuatu pekerjaan kerana mereka tahu tidak ada jalan mudah untuk berjaya. Mereka sanggup bersusah payah kerana mereka sedar kesusahan itu hanya sementara. Tiada istilah "susah" atau "mustahil" dalam hidup mereka kerana untuk berjaya perlu ada usaha dan perlu melalui kesusahan dan perit untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.
Bekerja dalam masa yang panjang atau lebih lama dari orang lain adalah perkara biasa bagi mereka. Bahkan tidak mustahil mencapai 16jam sehari sehingga mereka terpaksa mengurangkan waktu tidur supaya boleh bekerja lebih lama untuk mencapai sesuatu target. Mereka juga tidak akan pernah berhenti bekerja dan berusaha selagi apa yang mereka mahukan tidak tercapai. Tidak ada istilah cuti-cuti, tidak ada perkataan relaks terlalu lama dalam kamus hidup mereka.

Inilah ciri-ciri sikap yang membezakan orang yang berpotensi untuk berjaya dengan orang biasa. Mereka hanya akan berehat pada waktu tidur, sembahyang dan waktu makan. Setiap orang yang berjaya juga akan menjaga kesihatan dan pola makanan mereka kerana ia amat penting bagi mereka untuk melakukan sesuatu aktiviti dengan tubuh yang sihat, otak yang cergas dan minda yang positif.

Mindset penting orang berjaya- sanggup berkorban untuk memperoleh kejayaan. Mereka korbankan masa bersantai-santai,masa berjalan-jalan dan masa untuk bersukaria bagi mencapai kejayaan idaman mereka.

Note:
Tiada kejayaan tanpa usaha yang gigih. Pahit,manis,perit yang dilalui adalah rahsia bagi mencapai kejayaan yang diingini. Bukan sesuatu yang mudah untuk kita terus berada diatas tanpa usaha.




No comments:

Post a Comment