Tuesday 10 September 2013

Bismillah.......

Bersyukur kehadrat Illahi kerana memberi saya kesihatan yang baik bagi meneruskan Kelas Asas Blog dan Fanpage ini setelah pelbagai rintangan yang perlu saya tempuhi dan jadual harian yang sentiasa padat dengan kesibukan rutin harian sebagai seorang suri rumah,menguruskan perniagaan,memasak,menjaga anak dan melayan kerenah pelanggan yang merupakan rutin harian saya setiap hari. Walaubagaimanapun, sebagai seorang peniaga produk kecantikan dan kesihatan, setiap hari memerlukan saya untuk membuat kajian tentang produk-produk tersebut dari segi penggunaan,bahan-bahan yang digunakan serta yang paling penting sekali ia selamat untuk digunakan oleh pelanggan. Ia merupakan tanggungjawab sebagai seorang peniaga agar mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan berkaitan dengan produk yang dijual. Jangan hanya untuk mengaut keuntungan semata-mata tetapi sebagai seorang peniaga haruslah mempunyai sikap yang jujur dan amanah. Carilah rezeki dijalan yang diredhai Allah agar ia membawa keberkatan dalam kehidupan kita. Walaupun sedikit atau banyak rezeki yang diberi, bersyukurlah kepada Allah kerana kita adalah insan yang bernasib baik, masih ramai lagi insan yang memerlukan pertolongan di luar sana.

No comments:

Post a Comment