Saturday 28 November 2015



Apabila Rindu itu Datang....

Teks : Nurul Nadia Ahmad

        Assalammualaikum sahabat-sahabat dikasihi. Setelah lama diri ini menyepi, pelbagai halangan dan rintangan dilalui, akhirnya semangat ini kuat kembali. Setiap kehidupan yang dilalui sudah pasti perlu melalui pelbagai rintangan dan cabaran. Walau sebesar mana sekalipun cabaran itu, kita perlulah kuat menempuhinya biarpun kadang-kadang kita rasa sangat lemah dan tidak berdaya sehingga berputus asa tapi tetaplah bangun menghadapinya. Begitu juga setiap kehidupan pasti akan melalui saat kematian. Tiada yang dapat menghalang walau bagaimana sayangnya kita terhadap seseorang, kerana mati itu pasti. Begitu juga yang terjadi kepada keluarga kami, Adik bongsu tercinta telah pergi menghadap Illahi. Waktu-waktu sukar yang dilaluinya untuk berjuang sakit yang dihadapi tidak pernah sekali dibiarkan sendiri. Kasih sayang yang sangat kuat membuatkan kami bersatu menghadapinya. Setiap saat beliau menghembuskan nafas terakhir masih segar diingatan kami. Biarlah ia menjadi kenangan abadi supaya engkau sentiasa dihati kami.   

     Setiap Kali melihat gambarnya air mata ini seolah-olah tidak lagi boleh berhenti. Ya Allah kuatkanlah hatiku ini. Bertapa sayangnya kami kepada adik bongsu yang tercinta. Beliau memang seorang yang manja,happy,baik hati,suka menolong kakak-kakak n abg, seorang yang periang dan sentiasa hiburkan hati kami. Hanya Tuhan sahaja yang tahu bertapa dalamnya sayang kami kepadanya. Terasa Kehilangan yang amat besar, di usiamu yang begitu muda. Allah lebih berhak keatas dirimu, Semoga adikku tenang disana.

    " Ya Allah Ya Tuhanku, Tempatkanlah adikku kedalam golongan orang-orang yang beriman Dan mulia disisiMu..." 
~ Amin...Al-Fatihah...~