Google+ Followers

Thursday, 29 August 2013

Bismillahirahmanirahim...

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah kerana telah memberikan saya kesihatan yang baik,sihat sejahtera bagi membolehkan saya meneruskan niat dan impian saya bagi mncapai kejayaan didalam hidup ini. Walaupun keadaan yang  kadang-kadang tidak mengizinkan, saya tetap kuatkan semangat untuk meneruskan perjuangan saya dalam mencapai impian dan bidang yang diceburi. Saya merupakan Suri Rumah sepenuh masa dan mempunyai seorang Puteri yang sangat comel. Hidup saya sebagai seorang perantauan dinegeri orang membuatkan saya berfikiran lebih matang dan mendapat banyak pengalaman diusia yang muda. Sebagai seorang isteri dan ibu diusia yang muda, membuatkan saya terfikir sesuatu yang perlu saya lakukan bagi membantu suami dalam meningkatkan ekonomi didalam rumahtangga. Sebagai seorang yang berkelulusan dalam bidang Psikologi, ini sedikit sebanyak dapat membantu saya mengaplikasikan ilmu yang sedia ada ke dalam bidang yang saya ceburi. Minat saya dalam bidang fesyen,kecantikan dan kesihatan telah saya aplikasikan kedalam dunia bisnes dengan menjual produk-produk kecantikan dan kesihatan,pakaian bayi dan kanak-kanak juga  pakaian fesyen wanita. Dilahirkan didalam keluarga yang berdarah usahawan telah membantu saya dalam menjalankan perniagaan ini dengan mudah berdasarkan pengalaman-pengalaman yang lepas dalam membantu perniagaan keluarga. Berdasarkan  pengalaman tersebut telah saya kukuhkan lagi dengan menuntut ilmu-ilmu dalam bidang perniagaan dengan menyertai kelas usahawan,seminar-seminar yang dianjurkan secara percuma oleh Dr.Azizan Osman dan saya juga telah menyertai Kelas Asas Blog Fanpage yang diajar oleh guru online iaitu Pn. Anys Idayu Zakaria.